Image

1st time Announcer

1st time Announcer

Kak Dayang & Danial Ridzwan Foy Wedding Reception
9th June 2013
Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya
11am – 3pm

Hello Everyone!
Hows your weekend?I had a great one. On top is the pictures on kak dayang wedding reception held on 9th of June 2013. Where is my first time being an Emcee appoint by my mak lang. It was terrified at first, thn it went well. Thanks to my cousin Elfi or Elzi am not sure which cuz they are twins 😀 for accompany me on the whole day there. So its my first experienced I think I can improve it load more. Here refer below for my script, I know its quite messy but I edit some on the occasion itself :-

ACARA PEMBUKAAN

Terlebih dahulu majlis merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat (______________________________________________) Pak Lang saya dan Isteri (_________________________________) Maklang saya , tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke majlis perkahwinan raja sehari (________________________________________) dan permaisurinya (________________________________________). Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

ACARA KETIBAAN PENGANTIN

Yang ditunggu sudah pun datang
Yang dinanti sudah pun tiba
Para tetamu teruja memandang
Kedua mempelai diarak gembira

Mengumumkan ketibaan pasangan pengantin memasuki dewan utama dan seterusnya menuju ke singgahsana…mempersilakan para hadirin bangun dan bersalawat bersama.

ACARA BACAAN DOA

Mahligai yang dibina sentiasa diharapkan berkekalan. Suka dan duka, pahit dan manis, merupakan asam dan garam kehidupan..moleklah kiranya mahligai yang baru dibina ini diiringkan doa selamat agar diberkati ke akhir hayatnya..
Dengan itu, majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan al fadhil ustaz (_______________________________________________) untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati Allah hendaknya.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Amin Amin ya rabbal a’lamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis gilang gemilang di dewan gemilang ini akan lebih diberkati hendaknya.

ACARA MERENJIS/MENEPUNG TAWAR

Taburan bertih dan renjisan air mawar sebagai simbolik merestui pertemuan dua jiwa menjadi satu dan bermula menempuh sebuah kehidupan baru suami dan isteri.

a) Majlis menepung tawar ini dimulakan dengan menjemput ayahanda dan bonda pengantin perempuan

1. Pak Lang (
2. Mak Lang (

Tepung tawar adat sejati
Tak kan berpisah sampai ke mati
Tepung tawar berberas bertih
Supaya hati sentiasa bersih

b) Dipersilakan seterusnya ayahanda dan bonda saudara
1. Ayah Long (
2. Mak Long (

Tepung tawar berberas kunyit
Supaya jauh semua penyakit
Tepung tawar berbunga rampai
Biar dikasihi sahabat handai

c) Dipersilakan pula ayahanda dan bonda saudara :
1.
2.

d)Tidak lupa juga ….silakan ayahanda dan bonda saudara :
1.
2.
i)Dan akhir sekali, buat penutup majlis..dipersilakan
1.
2.

Istiadat merenjis sempurnalah sudah
Ribuan terima kasih kami ucapkan
Masa yang ditunggu sampailah sudah
Ayuh kita beredar pula ke majlis santapan

ACARA MAKAN BERADAP

Mengamin sudah, memohon pun sudah, menjamah juadah yang belum lagi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pengapit kedua-dua mempelai untuk menjemput dan mengiringi mempelai ke meja hidangan utama untuk acara makan beradap….dipersilakan

Sajian dimeja lama menanti,
Mengancam selera sedari tadi,
Silakan tuan rapatkan diri,
Menjamah sajian dek sentuhan bestari.

Seronok mengadap beramai-ramai,
Masing-masing dengan lakunya,
Jemput pengantin makan berdamai,
Semoga bahagia selama lamanya.

Semerbak bunga seroja,
Dibelai Dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

ACARA MEMOTONG KEK
Para hadirin yang dimuliakan. Acara kita seterusnya ialah upacara memotong kek perkahwinan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan pengapit kedua pengantin untuk menjemput dan mengiringi ke dua mempelai untuk menyempurnakan majlis memotong kek perkahwinan.

Syabas dan tahniah kepada ke dua mempelai.
Para hadirin sekalian. Dengan berakhirnya upacara memotong kek perkahwinan itu tadi, maka berakhirlah acara rasmi majlis kita pada hari ini.

ACARA BERGAMBAR
Sebagai tanda kenangan dipersilakan keluarga pihak lelaki serta sahabat handai untuk merakamkan kenangan indah bersama kedua dua mempelai. Dipersilakan. Kepada adik beradik, sanak saudara ke dua mempelai, di harap jangan pulang dulu, kerana selepas ini, kita akan beramai- ramai untuk sesi bergambar.

Taaruf Kedua-dua mempelai
Sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, marilah kita bersama-sama mengenali serba sedikit latar belakang dan sejarah kedua mempelai bagi mangimbau dan berkongsi pengalaman yang sedia ada. Dipersilakan adik lelaki kepada pengantin perempuan Amirul Fabris.

ACARA PENUTUPAN
Di sepanjang pelaksanaan majlis yang amat bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas
Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah
Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan ;

Bunga Sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon.

Tindih kasih jahitan baju
Bila menjahit baju pendita
Terima Kasih kepada para tetamu
Mengimarahkan majlis sehingga Berjaya.
Terangnya api di Tanjung Andas
Nampak di laut kapal belayar
Sayang dan kasih boleh dibalas
Budi dan jasa tidak terbayar. Harap berjumpa lagi Sekian Terima Kasih.

-THE END-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s